PORTAL PTD Lantikan 1/2009
Sila LOGIN Username dan Password anda.
Sila REGISTER jika anda masih belum mendaftar menjadi ahli.

~Terima kasih dan Selamat Datang~
Very Happy


Join the forum, it's quick and easy

PORTAL PTD Lantikan 1/2009
Sila LOGIN Username dan Password anda.
Sila REGISTER jika anda masih belum mendaftar menjadi ahli.

~Terima kasih dan Selamat Datang~
Very Happy
PORTAL PTD Lantikan 1/2009
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

HEBAHAN

HEBAHAN UMUM:
 
DPA Siri 1/2011
(01 Oktober 2011 - 31 Mac 2012) baru!!
 
maklumat lanjut dan senarai nama anda DISINI
 
boleh juga lawati laman web Portal JPA.
Latest topics
» UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN LIANA & NAZLI
"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" EmptySat 28 May 2011, 1:33 pm by Guest

» 7 Leadership Perspectives
"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" EmptyThu 28 Oct 2010, 5:41 pm by mardia

» When boy meets girl
"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" EmptyFri 13 Aug 2010, 9:55 pm by Norzulhilmi Nozir

» RENUNGAN KE ARAH KREATIF DAN INOVASI DALAM TUGASAN
"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" EmptyFri 13 Aug 2010, 4:45 pm by nazihah.iryani

» Bersyukurlah
"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" EmptyThu 12 Aug 2010, 7:11 pm by mardia

» So who was really the star?
"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" EmptyThu 15 Jul 2010, 12:17 pm by zaidi azizob

» Renungan Hadis - Antara Sabar dan Mengeluh
"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" EmptyFri 25 Jun 2010, 10:13 am by kenny

» Renungan Hadis - Saling Menghormati. Jangan Membangga Diri
"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" EmptyMon 26 Apr 2010, 10:23 am by aidarohana

» For all civil servants :
"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" EmptyThu 08 Apr 2010, 9:20 am by thiamhin

Download

1. NEWSLETTER 1/2009

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 119 on Sat 15 Jan 2011, 11:54 pm
SOCIAL NETWORKING
Click to join ptd012009
PTD 1/2009
@Yahoo Groups
Facebook
PTD 1/2009
@Facebook

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya"

5 posters

Go down

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" Empty "Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya"

Post by Admin Tue 03 Nov 2009, 12:23 pm

Bahagian 1.

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya", satu keluhan biasa. Yang tak biasanya, "mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan saya"....

Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap suami mereka.

Seorang isteri berkata, "Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, 'loving', 'caring'.... bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar...tapi dia banyak ' modal' bila bersama kawan-kawannya".

Mengapa begitu?...Sebab. ..suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandai berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau di masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.

Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan 'good impression'. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping dan boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan dan apa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.

Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. ..Sebab.. .mereka rasa "the'job' is done!"

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?...

Ada 2 sebab;

* suami itu lelaki
* isteri itu perempuan

SUAMI ITU LELAKI

* Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan dan pencapaian.

* Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

ISTERI ITU PEREMPUAN

* Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?..Sebab. ..isteri itu seorang perempuan!

Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan,bercakap- cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting -'apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu'.

Mereka nakkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa di kasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin. Perkahwinan sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri.

Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.

BAYANGKAN bila...

* suami isteri tidak berbual-bual * suami atau isteri tidak 'respond' dengan baik bila salah seorang berkata-kata * suami gagal menjadi pendengar yang baik * suami tidak memberi peluang kepada isteri untuk mengadu * suami isteri membiarkan halangan-halangan perbualan berada di antara mereka * suami 'diam' di rumah tapi 'bising' di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yang sihat

maka BERKEMUNGKINAN. ..

* 'tabung cinta' suami isteri akan 'bocor'
* isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)
*isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya- mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar
*isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa
* isteri tidak tahu apa yang suaminya 'is up to' dan suami tidak tahu apa yang isterinya 'is trying to do'
* berlaku kemungkinan- kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada perhubungan suami isteri dan rumahtangga.

1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.

2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.



' Binalah jambatan menuju hidup mulia, rumahtangga bahagia'
Admin
Admin

Posts : 240
Tarikh menjadi ahli : 2009-10-10
Umur : 41
Lokasi sekarang : Presint 4 Putrajaya

Back to top Go down

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" Empty Re: "Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya"

Post by nazihah.iryani Tue 03 Nov 2009, 2:21 pm

Orang laki sebelum dan selepas kahwin mmg sll berubah, kalau dulu suka berbual...mcm2 yg dibualkan..ada je benda nk dibualkannya....bila bab nk bw mkn..tk usah ditanya..sendiri ada idea....plink! plink! takpe2 u duduk je i drive n bw u pegi tmpt special...tp bila dah kawin...isteri ajak mkn luar...ha, nk mkn kt mana?? bgtau je...abg letih ni cepat sket bgtau....kadang2 kita ni nk gak rasa dibelai....knp susah sgt utk suami jadi seperti dulu?

bila dah kawin ni...kadang2 berbual banyak2 bole jadi gadoh plak...fenin fenin....knp dulu tak mcm tu....perbualan diakhiri dengan gelak ketawa berbanding sekarang diakhiri dengan masam muka....dulu sebelum kawin sll je cakap i sayang kt u....i tak sanggup hidup tanpa u....i nk gak kawin ngn u...tapi bila dah kawin...nk dengar benda mcmtu...eh, buang tebiat ke laki aku ni....

ni mungkin luahan org2 perempuan di luar sana...tp mcamane plak ngn aku??

haha..laki aku plak yg sll tanya aku sayang de ke tak...nk jawab mcamane tu ek?? Laughing

tapi mmg kenyataan lelaki lepas kawin akan berubah....
sebelum kawin kasih tu ada....selepas kawin kasih+tanggungjawab..so dek kerana tanggungjawab suami yg berat..smpai mereka terlupa dengan kasih....wahai kaum suami di luar sana, even tanggungjawab pun perlu dipikul dengan betul tp sesekali tu semaila kasih dlm diri isteri2 kamu....sebab pompuan ni sgt memerlukan perhatian dan belaian..kalau permintaan mereka yg bukan2 tak dapat dipenuhi, perjelaskanlah pada mereka dengan cara yg berhikmah...

wassalam... Cool
nazihah.iryani
nazihah.iryani

Posts : 75
Tarikh menjadi ahli : 2009-10-22
Umur : 39
Lokasi sekarang : KUALA LUMPUR

Back to top Go down

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" Empty Re: "Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya"

Post by farhan.ainuddin Wed 04 Nov 2009, 9:20 am

yeah..bagus nasihat cik nazihah nih..akan ku pegang selalu... Smile
farhan.ainuddin
farhan.ainuddin

Posts : 61
Tarikh menjadi ahli : 2009-10-23
Umur : 38
Lokasi sekarang : Putrajaya

Back to top Go down

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" Empty Re: "Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya"

Post by Fairuz Wed 04 Nov 2009, 9:46 am

aiya, tak sangka topik mcm ni pun akan ada kt sini, ok la utk perbincangan mereka yg sudah mempunyai pasangan hidup tak seperti saya, kalau mcm ni la saya pun kene ambik peringatan la in case dah berkawin nanti layanan sblm dan slps kwin tak ada bezanya atau mungkin lebih baik lagi, take note all husband here.. hahahaha
Fairuz
Fairuz

Posts : 120
Tarikh menjadi ahli : 2009-10-22
Umur : 39
Lokasi sekarang : Kuala Kurau, Perak.

http://www.mmea.gov.my

Back to top Go down

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" Empty Re: "Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya"

Post by shahrilshah Wed 04 Nov 2009, 10:55 am

Aku syorkan tengok lah Nur Kasih Smile Smile

hehehe Smile
shahrilshah
shahrilshah

Posts : 134
Tarikh menjadi ahli : 2009-10-23
Umur : 39
Lokasi sekarang : Pusat Bandar Damansara

Back to top Go down

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" Empty Re: "Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya"

Post by nazihah.iryani Wed 04 Nov 2009, 5:23 pm

yeaaayyyyyyy....ni la bakal2 suami dan bapa2 yg sangat hebat....!!!!!!!!!!!

semoga kalian menjadi idola isteri dan anak masing2..chayo! chayo!!! cheers
nazihah.iryani
nazihah.iryani

Posts : 75
Tarikh menjadi ahli : 2009-10-22
Umur : 39
Lokasi sekarang : KUALA LUMPUR

Back to top Go down

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya" Empty Re: "Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya"

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum